mcmc
Maklumat Komuniti

UTAMA

2

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai Pi1M merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet 1 Malaysia untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pi1M Felda Adela sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi, kementerian berhasrat menjadikan Pi1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
6.Pusat Peperiksaan dan Persijilan.

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan penggunaan komputer.Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti bandar. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA juga dilengkapi kemudahan dan kelengkapan 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet dengan kadar bayaran yang berpatutan. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Sehingga kini, terdapat 3 fasa PUSAT INTERNET 1MALAYSIA(Pi1M) telah diwujudkan di seluruh negara yang berfungsi sebagai program yang mendekatkan masyarakat kepada penggunaan ICT